v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Bangladesh di China, Munshi Faiz Ahmad: Kami Berusaha untuk Wujudkan Impian yang Satu
2008-07-25 13:32:45 CRI

Ketika menyentuh isu upacara perasmian Sukan Olimpik ini, Munshi Faiz Ahmad berkata bahawa upacara perasmian Sukan Olimpik Khas 2007 Shanghai telah meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Atlet dari kira-kira 170 negara dan kawasan menyertai acara itu. Kontinjen Bangladesh yang terdiri daripada 40 orang anggota telah mencapai hasil yang baik. Beliau yakin bahawa upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing pasti lebih menarik. China mempunyai sejarah lebih 5 ribu tahun dan budaya yang cemerlang. Semua kandungan budayanya yang bersejarah ini sepatutnya dapat dicerminkan dalam upacara perasmian itu. Kata beliau bahawa sejarah China patut dapat digambarkan dalam tempoh upacara perasmian sukan ini kerana rakyat merupakan pendorong sejarah.

Beliau menyatakan bahawa rakyat Bangladesh berasa gembira dan bangga kerana Sukan Olimpik akan berjaya diadakan di China. Beliau berharap semangat "dunia harmoni" dapat dipancarkan ke seluruh dunia melalui Sukan Olimpik ini. Beliau berkata bahawa Bangladesh merupakan negara kembar bagi China dan rakyat Bangladesh merupakan sahabat karib rakyat China. Saya berharap hubungan persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara dapat mendatangkan kebaikan dalam berbagai-bagai aspek. Seperti slogan Sukan Olimpik "Satu Dunia Satu Impian". Kita akan berusaha bersama-sama untuk mencapai kehidupan yang lebih bahagia.

Akhirnya, Munshi Faiz Ahmad menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Sukan Olimpik Beijing. Kata beliau bahawa saya mengucapkan agar Sukan Olimpik Beijing 2008 mencapai kejayaan, dan semoga peserta sekalian sihat walafiat dan bahagia.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |
    16A Shijingshan Road, 100040 Beijing China
    Hak Cipta Terpelihara oleh CRI