v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukarelawan Sukan Olimpik yang dari Myanmar
2008-08-04 16:14:30 Agensi Berita Xinhua China

"Ketika itu terdapat jumlah lebih 10 ribu orang memohon untuk menjadi sukarelawan Sukan Olimpik Beijing dan hanya 500 orang antaranya yang dapat memenuhi impian mereka. Saya berasa amat bangga kerana terpilih."

Akhir-akhir ini, seorang gadis yang memakai skirt panjang dalam pertandingan berturur dalam bahasa Mandarin bagi warga asing anjuran CRI telah menarik perhatian ramai. Gadis ini bernama Hnin Hnin Aye dan berasal dari Myanmar. Dia menyertai pertandingan ini dan menyampaikan ucapannya dalam Mandarin dengan fasih. Dia berkata:

"Sukan Olimpik ialah sebuah pentas besar, manakala saya seorang pelakon. Persembahan saya mungkin tidak dipentaskan dalam pertandingan Olimpik, tetapi persembahan saya tetap menarik. Saya ingin memberikan perkhidmatan yang paling baik kepada semua orang bersama-sama sukarelawan yang lain."

? Hnin Hnin Aye dilahirkan di Myanmar. Bapanya ialah warga China yang tinggal di Provinsi Yunan. Ketika menjalankan perniagaannya di Myanmar, bapanya berkahwin dengan warga Myanmar dan bermastautin di sana. Hnin Hnin Aye mempelajari basaha Mandarin dari drama TV China di rumahnya sejak kecil. Disebabkan mempunyai bakat dia dalam bahasa, dia datang ke Beijing untuk mempelajari bahasa Mandarin. Sifatnya terbuka dan sering menyertai pelbagai aktiviti dengan aktif. Setahun yang lalu, ketika Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing mengumumkan keputusan untuk mengambil sukarelawan dari anggota masyarakat, Hnin Hnin Aye membuat permohonan dengan segera.

Namun, bukanlah mudah bagi seseorang itu untuk menjadi sukarelawan Sukan Olimpik, dia mesti lulus pelbagai ujian. Selepas Hnin Hnin Aye membuat permohonan melalui internet, dia terus menunggu respons daripada pihak penganjur.

"Saya berasa amat gembira kerana ini adalah satu langkah yang boleh mencapai impian saya. Tetapi ketika saya melihat rakan saya bertutur dlaam bahasa Mandarin dengan begitu fasih, saya berasa kurang yakinterhadap diri-sendiri."

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |