Beberapa hari selepas itu, dia diberitahu bahawa dia lulus temu duga itu. Hnin Hnin Aye senang hati kerana impianya tercapai. Namun, apabila dia mengetahui bahawa tugasnya adalah untuk melayan panggilan di pusat panggilan penonton, dia berasa kecewa sedikit.
"Saya berasa kecewa sedikit kerana tugas saya adalah menerima panggilan di pusat panggilan penonton dan saya tidak berpeluang untuk menemui atlet atau menonton pertandingan. Walau bagaimanapun, bagi saya, semua kerja ini adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada Sukan Olimpik. Jadi, saya akan membuat kerja saya dengan baik. "
Dengan demikian, Hnin Hnin Aye pun menjadi seorang daripada ribuan sukarelawan Sukan Olimpik Beijing. Pusat panggilan Sukan Olimpik itu mempunyai 1500 orang petugas dan memberikan perkhidmatan dalam 14 bahasa. Semua petugas pusat itu mesti melalui latihan profesional dan mengetahui semua maklumat yang berkaitan dengan Sukan Olimpik, seperti maklumat tentang stadium Olimpik, panduan penonton dan lain-lain. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk mengurangkan tekanan sendiri dan bekerjasama dengan rakan yang lain.
Hnin Hnin Aye memberitahu wartawan bahawa pada suatu ketika, seorang sukarelawan dari Jepun menerima panggilan dari seorang pemandu teksi. Pemandu teksi tersebut membawa dua orang penumpang Jepun dan tidak tahu destinasi yang ingin ditujui oleh penumpang tersebut kerana masalah bahasa. Pemandu itu membuat panggilan ke pusat ini untuk mendapatkan bantuan. Dengan bantuan sukarelawan Jepun itu, pemandu teksi tersebut berjaya menghantar penumpang Jepun itu ke destinasi mereka. Hnin Hnin Aye merasakan bahawa bahawa kerja mereka amat bermakna kerana memberikan bantuan kepada orang lain. Pengalaman bekerja dengan warga pelbagai negara dan memberikan perkhidmatan untuk Sukan Olimpik amat berharga baginnya.
"Saya berasa amat diperlukan dan ini juga salah satu cara untuk menyertai Sukan Olimpik. Penyertaan itu juga merupakan sokongan besar terhadap Sukan Olimpik. Temasya Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali dan saya berasa amat bertuah kerana dapat menjadi sukarelawan dan peluang ini mungkin tidak datang lagi."
Hnin Hnin Aye juga mempunyai satu impian iaitu memberikan perkhidmatan kepada tetamu dari Myanmar. Dia ingin memberitahu kepada semua penonton yang menumpukan perhatian terhadap Sukan Olimpik Beijing:
"Silalah telefon nombor 12308 untuk menghubungi kami. Jika anda membuat panggilan jarak jauh, jangan lupa dail nomber 0086 dan 10 sebelum nombor tadi. Mog-moga anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami."
1 2
|