v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Perantau China yang Berhijrah ke Belanda menyatakan bahawa Sukan Olimpik Membawa Perkembangan Beijing ke Tahap yang Baru
2008-08-11 12:42:50 CRI

Tahun ini merupakan tahun Sukan Olimpik di China. Beijing dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik pada 13 Julai tahun 2001 melalui permohonan yang dibuat sekian lama. Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan peristiwa besar bagi rakyat China. Demi mempersembahkan Sukan Olimpik yang menarik kepada rakyat seluruh dunia, kerajaan bandar Beijing membuat kerja persiapan yang berlangsung selama 6 tahun meliputi kerja membina dan memugar sekian banyak bangunan, destinasi dan kemudahan. Di samping itu juga Beijing cuba mempopularkan semangat Sukan Olimpik dalam kalangan rakyat dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti masyarakat yang cemerlang hingga Beijing yang baru dapat disediakan untuk sahabat di seluruh dunia.

Xu Wei , seorang warga Beijing yang berumur 25 tahun pernah melanjutkan pelajaran dari peringkat sekolah menengah atas hingga ke pengajian tinggi di negeri Belanda 10 tahun yang lalu. Dia menetap di Belanda sekarang ini dan menjadi seorang perantau China. Dia datang ke Beijing unutk menziarahi ibu bapanya pada bulan Julai tahun ini. Dia berkata bahawa saya baru mengetahui bahawa terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing siap selesai dibina dan beroperasi. Bangunan yang besar dan reka bentuknya yang menarik itu belum pernah saya temui setakat ini. Kemudahan terminal 3 yang moden dan teratur itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada sahabat asing.

Rumah ibu bapa Xu Wei terletak di kawasan Dianmen Beijing yang tergolong dalam destinasi pelncongan dengan pemandangan bangunan purba. Beliau berasa sungguh gembira ketika baru tiba di Beijing. Beliau berkata bahawa beliau amat cinta dan rindu akan suasana yang penuh dengan unsur budaya yang menarik di Beijing. Kerja membaik pulih kuil Konfusius dan Guozijian, seperti Houhai menjadikan beliau berasa budaya tradisional China di Beijing telah mendapat perlindungan dan mengalami perkembangan yang besar.

Xu Wei merasa terharu kerana banyak bangunan, infrastruktur dan stadium Sukan Olimpik yang baru dibina di Beijing, selain budaya tradisional mendapat perlindungan dan berkembang dengan jayanya. Pada 2 atau 4 tahun lalu, di Beijing hanya terdapat 3 atau 4 batang kereta api bawah tanah dan penjulan tiketnya secara tradisional sahaja pada 2,3 tahun yang lalu. Penggunaan kad tambang kenderaan awam Beijing (IC) telah dilaksanakan sepenuhnya sekarang. Kereta api bawah tanah nombor 5 juga telah dibuka kepada lalu lintas untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kepada penduduk tempatan. Lebih-lebih kereta api bawah tanah Sukan Olimpik dan kereta api bawah tanah nombor 10 telah dibuka kepda lalu lintas. Dia berkata, pintu laluan di stesen kereta api bawah tanah yang baru telah selesai dipasang. Banyak kerja pengurusan dan perkhidmatan yang menjadi lebih sempurna daripada masa yang lalu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |