Xu Wei telah melawat stadium untuk Sukan Olimpik di Beijing. Dia pernah melihat gambaran "Sarang Burung" , iaitu Stadiun Negara China dan "Kubus Air", iaitu Pusat Renang Negara yang sungguh menarik itu melalui internet di Belanda. Dia berkata bahawa Sarang Burung itu benar-benar amat megah dan lebih besar daripada jangkaan saya. Saya berasa sungguh bangga dan gembira ketika melihat bangunan yang megah itu. "Kubus Air" bukan sahaja mempunyai bentuk luar yang unik, tetapi juga memenuhi standard gelanggang peringkat tinggi di dunia. "

Xu Wei menyatakan bahawa Beijing telah dibangunkan menjadi bandar yang lebih menarik bukan hanya disebabkan oleh Stadium Sukan Olimpik yang menarik itu. Dia menyatakan bahawa Beijing masih kurang maju ketika dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, manakala di luar negara terdapat lebih banyak peluang. Pembangunan di China kini menjadi lebih baik. Beijing sebagai sebuah bandar antarabangsa terlibat dalam politik, budaya dan perdagangan. Lebih banyak peluang terbuka baginya di dalam negara China. Jadi dia telah membuat permohonan kepada pihak pejabatnya untuk bekerja di Beijing bagi jangka masa panjang. Kata beliau, sekalipun sudah lama tinggal di luar negara dan mencapai banyak kejayaan, tetapi saya lebih tertarik dengan China kerana rakyat China amat mesra dan baik hati. Saya berharap dapat kembali ke China untuk mencurahkan tenga kepada pembangunan tanah air. Ini merupakan hasrat setiap warga China.

Walau bagaimanapun dia akan pulang ke Belanda selepas Sukan Olimpik Beijing ditutup. Dia menyatakan bahawa Larian Obor Sukan Olimpik tidak diadakan di Belanda, tetapi orang China dan perantau China di Belanda telah memberikan sokongan dan penilaioan yang tinggi terhadap sukan ini. Ketika Larian Obor Sukan Olimpik diadakan di negara-negara Eropah, orang China dan perantau China telah mengadakan perayaan untuk memberikan sokongan kepada Sukan Olimpik Beijing. Dia berkata
Bahawa saya dan penduduk tempatan termasuk beberapa ramai orang asing bersama-sama mengadakan perayaan di Belanda untuk memberikan sokongan kepada Sukan Olimpik. Saya berasa sungguh terharu dapat menguruskan kerja untuk Sukan Olimpik Beijing. Saya berharap dapat memberikan sumbangan kepada Sukan Olimpik ini dengan keupayaan saya bertutur dalam bahasa asing.
Xu Wei berasa sungguh gembira kerana China telah berubah secara besar-besaran melalui pembangunan selama 10 tahun ini. Dia yakin kebanyakan orang Cina dan perantau China di seberang laut mempunyai perasaan sama. Kesemuan mereka ingin berusaha bersama-sama untuk Beijing, China dan Sukan Olimpik. 1 2
|