v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kong Zhengyang, Seorang Petugas dari Pusat Media Antarabangsa Beijing 2008 (BIMC)
2008-08-22 11:27:54 CRI

Pusat Media Antarabangsa Beijing 2008 (BIMC) merupakan perbadanan yang khusus menyediakan perkhidmatan kepada wartawan seberng laut yang tidak mendapat kad pemberita daripada Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa. Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing 2008, pelbagai jenis perkhidmatannya mendapat pujian daripada wartawan China dan luar negara. Badan ini mendapat penghargaan yang tinggi daripada wartawan sebarang laut, lebih-lebih lagi kerana ini merupakan badan kualiti yang menyediakan perkhidmatan kepada wartawan seberang laut yang kebanyakannya tidak megnetahui tentang keadaan China.

Pada 7 Ogos lalu, lebih 10 orang gadis provinsi Yunnan mengadakan persembahan sorakan untuk Sukan Olimpik. Selepas persembahan itu, mereka segera diwawancara oleh kumpulan wartawan asing. Seorang petugas wanita pula sibuk bekerja untuk mengatur liputan itu. Dialah Kong Zhengyang, petugas jabatan perhubungan BIMC.

Kong Zhengyang bekrja di syarikat pengedaran Beijing selepas dia lulus dari universiti. Dia menjawat jawatan petugas jabatan itu sebaik sahaja terima bekerja di jabatan itu pada awal bulan Julai lalu.

Kong Zhengyang telah menerima permohonan daripada media German, Brazil dan Amerika Syarikat pada 20 Julai yang lalu untuk membuat liputan tentang kumpulan persembahan sorakan untuk Sukan Olimpik. Kerja perhubungannya dijalankan dengan amat lancar. Dia dan beberapa orang wartawan asing pergi ke pangkalan latihan kumpulan persembahan sorakan untuk Sukan Olimpik itu di provinsi Heibei hinggalah liputan itu dijalankan dengan jayanya.

Persembahan telah menyebabkan lebih ramai wartawan asing sungguh menarik terhadap kumpulan tersebut. Selepas mereka pulang dari provinsi Hebei, lebih daripada 10 media luar negara yang lain pula memohon untuk membuat liputan tentang kumpulan persembahan sorakan itu. Tetapi kerja seterusnya berubah menjadi lebih sukar. Kata beliau, kumpulan persembahan sorakan itu amat sibuk berlatih dan mereka sukar diwawancara. Saya berusaha juga untuk membantu menjayakan liputan ini. Walaupun banyak kumpulan persembahan sorakan untuk Sukan Olimpik ini yang berkumpul di Stadium Negara, namun kawalan keselamatan di sana agak ketat.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |