Kong Zhengyang memberitahu keadaan yang sebanarnya kepada media asing tersebut, tetapi dia tidak mahu berbuat demikian. Dia terus juga berusaha untuk menjayakan rancangan mereka.

Melalui usahanya yang bersungguh-sungguh, sebuah kumpulan persembahan sorakan dari provinsi Yunnan bersetuju untuk diwawancara. Dia berasa sungguh gembira. Dia menyatakan bahawa saya membuat banyak kerja persiapan untuk mengatasi kesukaran. Persekitaran kerja suasana di sini agak baik. Saya mencurahkan segala tenaga untuk mnyediakan perkhidmatan yang memuaskan dalam tempoh Sukan Olimpik ini .
Melalui usahanya yang tekun dan bersungguh-sungguh, kadar permohonan liputan yang berjaya dilaksanakan oleh Kong Zhengyang dan rakan-rakannya mencatat lebih 90%. Wartawan asingamat menghargai usaha mereka. Wartawan Agensi Berita Rusia, Konstandin Shepin berkata bahawa petugas wanita dan rakan dari Pusat Media Antarabangsa Beijing telah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada kami. Mereka telah mencurahkan banyak tenaga untuk membantu kami. Kami telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan petugas-petugas pihak China untuk mencapai persefahaman antara satu sama lain. Ketua Jabatan Perkhidmatan Maklumat BIMC, Puan Li Yue berkata bahawa kami bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Kerja yang terlalu berat ini adalah di luar dugaan kami. Kami mula bekerja pada pukul 8:00 pagi, dan tidak berhenti rehat pada tengah hari. Ramai juga yang terus bekerja selepas makan malam.

Kong Zhengyang tidak berasa letih, malah dia berasa amat bangga dapat berkhidmat untuk Sukan Olimpik. 1 2
|