Aung San Suu Kyi Angkat Sumpah Menjadi Ahli Parlimen Pilihan raya kecil Parlimen Persekutuan dan Parlimen Provinsi diadakan di Myanmar pada 1 April tahun 2012. Aung San Suu Kyi dan Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pimpinannya memenangi 43 buah kerusi daripada 45 buah kerusi dalam pilihan raya kecil kali ini. |
Naw Kham Ditangkap di Laos Dalang utama kes pembunuhan 13 orang anak kapal di Sungai Mekong pada 5 Oktober tahun 2011, Naw Kham ditangkap di Laos pada 25 April tahun 2012. Dia diserahkan kepada pihak China pada 10 Mei dan dibicarakan di Mahkamah Kunming, provinsi Yunnan. |
ASEAN+3 Tingkatkan Saiz Inisiatif Chiang Mai Persidangan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (ASEAN + 3) ke-15 berlangsung di Manila, Filipina pada 3 Mei tahun 2012 untuk membincangkan situasi ekonomi makro dan kerjasama kewangan serantau di Asia Timur. |
Leon Panetta Melawat Teluk Cam Ranh Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta melawat ke Teluk Cam Ranh, destinasi pertama dalam rangka lawatannya ke Vietnam pada 3 Jun tahun 2012. Beliau juga mengunjuingi kapal kargo angkatan laut AS, Richard E, Byrd (T-AKE-4) yang dibaik pulih dan diselenggara di Teluk Cam Ranh. |
Pertikaian Pulau Huangyan Reda 12 buah kapal nelayan China diganggu oleh sebuah kapal perang Filipina di perairan Pulau Huangyan, Laut China Selatan pada 10 April tahun 2012. China segera menghantar sebuah kapal maritim ke perairan berkenaan untuk menangani situasi terbabit. |
AS-Myanmar Pulih Hubungan Diplomatik Peringkat Duta Besar Duta Besar AS ke Myanmar, Derek Mitchell menyerahkan watikah pelantikan beliau kepada Presiden U Thein Sein pada 12 Julai tahun 2012. Beliau menjadi Duta Besar pertama AS ke Myanmar dalam tempoh 22 tahun, sekali gus menandakan hubungan antara kedua-dua negara itu dipulihkan secara beransur-ansur. |
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Gagal Tandatangani Pengumuman Bersama Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-45 melabuhkan tirainya pada 13 Julai tahun 2012. Berikutan perselisihan mengenai isu Laut China Selatan, mesyuarat ini buat kali pertama gagal mencapai pengumuman bersama sejak ASEAN ditubuhkan pada 45 tahun yang lalu. |
Kemboja dan Thailand Undur Tentera dari Sempadan Dipertikaikan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mencapai persepakatan mengenai pengunduran tentera dari sempadan yang dipertikaikan oleh kedua-dua negara di kawasan Kuil Preah Vihear dalam pertemuan di Siem Reap pada 13 Julai tahun 2012. |
Rancangan Penyambungan Sistem Bursa Saham ASEAN Dimulakan Bursa Saham Singapura dan Malaysia mewujudkan penyambungan pada 18 September tahun 2012. Pada 15 Oktober, Sistem Bursa Saham Thailand bersambung dengan jaringan tersebut. Nilai perdagangan ketiga-tiga bursa saham tersebut menduduki 2/3 daripada nilai perdagangan kesemua tujuh buah bursa saham di ASEAN. |
Kerajaan Filipina Meterai Kerangka Perjanjian Damai dengan MILF Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) secara rasmi menandatangani kerangka perjanjian damai pada 15 Oktober tahun 2012. Berdasarkan kerangka perjanjian damai itu, kerajaan Filipina bersetuju menubuhkan entiti baharu wilayah autonomi Bangsamoro di selatan Filipina. |
Norodom Sihanouk Mangkat Mantan Raja Kemboja, Norodom Sihanouk yang berusia 90 tahun mangkat di Beijing pada 15 Oktober tahun 2012. Norodom Sihanouk berjuang sepanjang hayat untuk kemerdekaan Kemboja dan digelar Ayahanda Kemerdekaan Kemboja. |
Laos Anggotai WTO Melalui usaha keras selama 15 tahun, Laos disahkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 26 Oktober tahun 2012 sebagai anggota ke-158 pertubuhan tersebut. Setakat ini, semua negara anggota ASEAN telah menganggotai WTO. |
ASEAN Anjurkan Rundingan RCEP ASEAN bersama-sama Australia, China, India, Jepun, Republik Korea dan New Zealand memulakan rundingan "Hubungan Rakan Ekonomi Komprehensif Serantau" (RCEP) pada 20 November 2012. |
Parlimen Vietnam Pinda Undang-undang Antirasuah Sidang ke-4 Parlimen ke-13 Vietnam meluluskan pindaan Undang-undang Antirasuah dengan 94.98% undi menyokong pada 23 November tahun 2012. Undang-undang Antirasuah yang baharu menuntut para pemimpin mengisytiharkan harta peribadi. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |