Cari:
Pelukis Terkenal, Wu Guanzhong
2009-04-08 10:51:13 CRI Cetak

Wu Guanzhong dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di kaunti Yixing, provinsi Jiangsu, di timur China pada tahun 1919. Beliau mula belajar tentang seni lukis pada usianya 18 tahun, dan tamat daripada sekolah vokasional kesenian negara Hangzhou, provini Zhejiang pada usianya 23 tahun. Pada tahun 1946, Kementerian Pendidikan menghantar lebih 100 orang untuk melanjutkan pelajaran di Perancis. Dua antaranya untuk bidang seni lukis. Wu Guanzhong dipilih sebagai pelajar terbaik yang pertama dari seluruh negara. Pada tahun 1947, beliau diterima oleh Institut Seni Lukis Tinggi Negara Paris, dan berguru dengan Profesor Jean Souverbie untuk belajar catan minyak. Souberbie memberikan pengaruh yang kuat kepada Wu Guanzhong. Ketika diwawancara oleh Stesen Televisyen Pusat China (CCTV), Wu Guanzhong mengenang kembali kisahnya:

"Souberbie memberitahu saya bahawa terdapat dua jalan bagi kesenian. Jalan kecil menyenangkan orang, manakala jalan besar mengagumkan orang. Maka, saya akan memilih jalan besar."

Selepas tamat, Wu Guanzhong terus membina kerjayanya di Perancis. Namun, beliau terharu selepas membaca surat yang ditulis oleh Vincent van Gogh kepada adiknya. Dalam suratnya, Vincent van Gogh berkata, "Saudara perlu pulang ke kampung saudara, kerana saudaralah sebutir gandum yang hanya dapat membesar dalam ladang gandum." Oleh itu, Wu Guanzhong pulang ke tanah air pada tahun 1950.

Pembelajarannya di Perancis selama 3 tahun menjadikan Wu Guanzhong memahami inti sari kesenian moden di barat. Beliau menyerap kesenian China dan barat, berusaha mencari dan mempraktikkan gabungannya.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China