Cari:
Pelukis Terkenal, Wu Guanzhong
2009-04-08 10:51:13 CRI Cetak

Pada tahun 1970, kerana suasana masyarakat semasa, Wu Guanzhong bekerja di kawasan desa. Selama tiga tahun di sana, beliau terus melukis dan menghasilkan banyak karya yang berciri kekampungan.

Pada akhir tahun 1970-an, kebudayaan China dipulihkan secara menyeluruh. Wu Guanzhong dengan berani memecah tradisi catan minyak dan lukisan dakwat, mencipta kumpulan karya baru yang berbeza dengan lukisan dakwat tradisional China, dan berbeza juga dengan kesenian moden di barat.

Lukisan Wu Guanzhong penuh semangat dan ghairah. Menurut pandangan orang barat, lukisannya mengutarakan semangat budaya tradisional China. Menurut pandangan orang China, lukisannya memperlihatkan budaya moden di barat.

Pada tahun 1991, Wu Guanzhong diberi "kedudukan tertinggi dalam kesenian Perancis" oleh Kementerian Kebudayaan negara itu. Pada tahun 1992, Muzium Britain telah mengadakan pameran peribadi "Wu Guanzhong, Pelukis China Abad Ke-20". Inilah pameran pertama yang diadakan oleh muzium tersebut untuk pelukis China yang masih hidup.

Lukisan Wu Guanzhong dijual dengan harga yang amat tinggi di pasaran seni antarabangsa. Akan tetapi, Wu Guanzhong menyatakan bahawa lukisan tersebut "tiada hubungan dengannya". Karyanya yang paling memuaskan sudah didermakannya kepada muzium seni lukis milik negara.


1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China