Cari:
Lukisan Petani Gambarkan Kehidupan Desa yang Bahagia
2009-05-14 16:04:57 CRI Cetak

Muzium tempatan di bandar Jilin, provinsi Jilin, timur laut China, biasanya mengadakan "Pameran Lukisan terbaik Kalangan Masyarakat" pada setiap musim bunga. Kebanyakan pelukis yang menyertai pameran ini adalah petani, dan lukisannya juga mengenai kehidupan, dan budaya tradisi di desa. Lukisan yang dipamerkan amat istimewa. Petani-petani di sini menggunakan pelbagai warna yang indah untuk menggambarkan rasa cinta mereka terhadap kehidupan serta keghairahan mereka untuk melukis. Maka, sekarang marilah ikuti kami untuk menikmati lukisan petani-petani tersebut..

Seorang pelukis petani di Daerah Fengman, bandar Jilin, Fang Fu membawa dua buah lukisan untuk menyertai pameran kali ini. Salah sebuah lukisannya berjudul "Kehidupan yang Bahagia". Dalam lukisan ini, terdapat beberapa orang wanita yang sedang duduk di keliling sebuah meja yang berbentuk lima segi, sambil menenun "ikatan China" yang menjadi lambang "kebahagiaan". Fang Fu menyatakan, "Lukisan saya ini menceritakan kehidupan rakyat mengikut dasar pembangunan ekonomi pertanian negara. Kami bukan sahaja memajukan pertanian, malah, bertenun pada masa lapang. Ini juga suatu industri kami yang istimewa. Saya mencatat gambaran itu dengan berus lukisan saya."

Fang Fu menyatakan bahawa dia sangat suka melukis. Dengan kehidupan yang semakin baik, isterinya juga ikut melukis bersama-samanya. Ini juga merupakan cita-cita petani, iaitu menikmati kehidupan yang berbudaya tinggi.

Dalam pameran lukisan kalangan masyarakat di bandar Jilin ini, lukisan petani dari Kaunti Huadian paling terkenal. Sejumlah besar pelukis petani di sini adalah dari kaunti tersebut. Wang Yongmei yang berusia 41 tahun merupakan salah seorang pelukis yang amat berbakat antara mereka. Lukisannya yang dipamerkan kali ini berjudul "Festival/Musim Bunga di Timur Laut". Ia menggambarkan suasana masyarakat yang merayakan Tahun Baru China. Katanya, "Lukisan saya menggunakan warna yang segar dan garang seperti merah dan hijau, sangat meriangkan. Saya melukis suasana hari raya untuk menyatakan rasa bahagia, kerana hidup sudah menjadi semakin mewah."

1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China