Cari:
Lukisan Petani Gambarkan Kehidupan Desa yang Bahagia
2009-05-14 16:04:57 CRI Cetak

Sekarang, ramai petani yang belajar bidang seni lukis untuk meningkatkan kualiti lukisan mereka. Melalui latihan dan bimbingan, ramai yang sudah mula menghasilkan ciptaan baru dalam lukisan mereka. Justeru, seperti Wang Yongmei, ramai petani yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka dan mengisi hidup mereka dengan kegemaran dan kesenian. Naib Ketua Pengarah Pusat Kebudayaan Kaunti Huadian, yang juga pelukis petani, Kang Meihua menyatakan bahawa selepas keperluan hidup telah dipenuhi, petani mahu mencari berpuasan "spiritual" yang lebih tinggi. Katanya, "Banyak orang berkata, mereka tidak merasa kesal kerana mengejar seni yang anggun. Seperti yang dikatakan oleh Wang Yongmei, melukis amat penting dalam hidupnya. Dia sudah tidak boleh meletakkan berus lukisannya lagi."

Dalam tempoh sepanjang 30 tahun yang lalu, beberapa ratus orang petani di kaunti Huadian telah mengikuti latihan melukis. Antaranya, 4 orang telah mendapat gelaran "Seniman Kalangan Masyarakat" yang diberikan oleh kerajaan di peringkat negara dan provinsi Jinlin. Kira-kira 2000 buah karya mereka telah menyertai pameran di dalam dan luar negara, dan lebih 1000 buah daripadanya disimpan oleh muzium dalam negara dan tetamu antarabangsa.

Pegawai kerajaan Kaunti Huadian, Zhang Chenguang memaklumkan bahawa kauntinya telah mengembangkan lukisan petani sebagai sebahagian unsure budaya yang istimewa. Dia mengatakan, "Dalam beberapa aktiviti besar, kami menjadikan lukisan mereka sebagai buah tangan dan hadiah kepada tetamu. Mereka sangat meminati lukisan petani. Lukisan-lukisan itu menggambarkan seluruh kehidupan di desa timur laut China."

Oleh sebab kerajaan mementingkan seni dalam kalangan masyarakat, maka pendapatan pelukis petani juga meningkat dengan besar. Wang Yongmei boleh menjual lukisannya sebanyak enam puluh atau tujuh puluh buah setiap tahun, dan memperoleh pendapatan sebanyak lebih 10 ribu yuan RMB. Hidupnya sudah menjadi cukup sejahtera.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China