
Warisan budaya dunia, Gua No.1 Tapak Manusia Peking Zhoukoudian sedang dilaksanakan ekskavasi penyelamatan. Dalam penyelidikan ilmu paleoanthropology, tapak Zhoukoudian merupakan yang tidak boleh digantikan. Dijangka dalam tempoh 4 bulan, ahli arkeologi dan geologi serta paleoanthropology sedang bekerjasama untuk menghapuskan bahaya dan melindungi tapak itu dengan baik. Dalam ekskavasi, para ahli berharap dapat menemukan bahan-bahan yang penting untuk membongkarkan misteri yang selalu merisaukan kita.
Tapak Manusia Peking Zhoukoudian terletak di luar bandar, barat daya Beijing. Sejak penghujung 1920-an, ekskavasi yang besar dilakukan di sini. Pada tahun 1929, ahli arkeologi China menemukan sebuah tengkorak yang lengkap manusia Peking. Hal itu segera menggoncangkan seluruh dunia. Pakar Institut Penyelidikan Vertebrat dan Manusia Paleontology Akademi Sains China, Puan Qi Guoqin menyatakan,"Penemuan itu membuka lembaran baru dalam sejarah pembangunan manusia. Tengkorak manusia Peking itu mirip sekali dengan fosil manusia Jawa yang ditemukan di Indonesia. Ini membuktikan manusia yang muncul di Asia secara paling dini."
Ahli sains biasanya berpendapat, manusia Peking hidup pada lebih 500 hingga 600 ribu tahun yang lalu. Namun pandangan terkini ialah manusia Peking hidup pada 770 ribu tahun lalu. Di tempat penemuan fosil, iaitu Gua No.1 Zhoukoudian, juga ditemukan banyak barang yang digunakan oleh manusia Peking. Namun, kesallah tengkorak dan spesimen-spesimen yang lain hilang dalam tempoh Perang Dunia II, dan menjadi misteri daslam sejarah arkeologi pada abad ke-20.








