Cari:
Ekskavasi Menyelamatkan Tapak Manusia Peking Zhoukoudian
2009-09-03 16:07:57 CRI Cetak

Qi Guoqin memperkenalkan bahawa selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan telah mengadakan 7 kali ekskavasi terhadap tapak Zhoukoudian, dan menemukan banyak fosil manusia dan haiwan. Pada tahun 1987, tapak Zhoukoudian dimasukkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB ke dalam "Senarai Warisan Dunia".

Dalam ekskavasi kali ini dapat atau tidak menemukan barang yang baru selalu merupakan focus bidang akademik dalam dan luar negeri. Namun, Naib Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Vertebrat dan Manusia Paleontology Akademi Sains China, yang juga ketua pasukan ekskavasi, Gao Xing menyatakan, ekskavasi kali ini bersifat melindungi tapak bukan untuk mencari fosil. Beliau memaklumkan bahawa"Di atap tapak telah muncul rekahan. Atapnya menghadapi masalah runtuhan. Kalau berlaku runtuhan, tapak itu akan diburukkan dengan serius. Maka, kami perlu mengadakan ekskavasi segera untuk menyelamatkan tapak itu."

Wartawan melihat di tempat ekskavasi, belasan orang juruteknik dan pekerja sedang melakukan ekskavasi dengan alat-alat yang paling mudah dan tradisional, iaitu peneliti Institut Penelitian Vertebrat dan Manusia Paleontology Akademi Sains China, Chen Fuyou menyatakan,"Penukul dan kobalt mudah digunakan dan penjejasannya terhadap tapak itu amat kecil. Kami juga meletakkan tanda di tempat yang menemukan sesuatu untuk mengingatkan kami tempat penemuan."

Baik pakar maupun orang awam memberi tumpuan terhadap ekskavasi, dan berharap dapat menemukan barang-barang yang belum ditemukan pada masa lalu. Gao Xing berharap dapat membongkarkan misteri dalam proses ekskavasi. Selepas ekskavasi kali ini selesai, tapak Zhoukoudian tidak akan diekskavasikan lagi dalam jangka yang panjang. Galiannya akan disimpan baik.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China