Cari:
Wawancara dengan Encik Jin Guihua, Mantan Duta Besar China ke Malaysia
2009-06-09 14:42:52 CRI Cetak

Hubungan Perdagangan dan Kerjasama Ekonomi Yang Berterusan

Pada awal tahun 1990-an, hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi China-Malaysia telah berkembang dengan pesat. Pada pendapat Encik Jin Guihua, beberapa faktor telah menyebabkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara ini berkembang dengan sihat dan pesat. Pertama, hubungan perdagangan kedua-dua pihak mempunyai sejarah yang agak lama. Pada abad ke-2 sebelum Masehi, hubungan perdagangan antara kedua-dua pihak telah pun terjalin. Kedua, pemimpin kedua-dua negara sangat mementingkan hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara ini. Kerjasama perdagangan dan ekonomi sentiasa merupakan topik yang penting dalam pertemuan pemimpin-pemimpin kedua-dua pihak. Ketiga, pembangunan ekonomi kedua-dua negara juga menyediakan asas yang kukuh kepada kerjasama ekonomi antara kedua-dua pihak. Keempat, kebanyakan dasar perdagangan import-eksport antara kedua-dua negara bersifat saling melengkapi. Dan kelima, kerjasama China dan Malaysia melalui pelbagai mekanisme kerjasama antarabangsa berjalan dengan lancar dan baik. Kedua-dua negara mempunyai pendirian yang hampir sama mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa. Ini juga mendorong perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Persahabatan antara Rakyat Dipererat

Dengan terbukanya jalan pertukaran rakyat kedua-dua negara, jumlah pelawat yang berkunjung antara kedua-dua negara telah meningkat dengan ketara. Pada tahun 1992, terdapat lebih 100 ribu orang warga Malaysia datang ke China untuk mengunjungi ahli keluarga dan sahabat handai mereka. Manakala jumlah pelancong China ke Malaysia melebihi 10 ribu orang pada bulan Jun tahun 1993 sahaja. Di samping itu, kedua-dua pihak juga saling menghantar pelbagai rombongan kalangan rakyat untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara. Antaranya termasuk rombongan wanita, rombongan belia, rombongan orkestra dan rombongan sukan dari China. Persembahan yang disediakan oleh Kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya China pada bulan April tahun 1993 di Kuala Lumpur telah menarik lebih 2000 orang penonton. Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isterinya juga menonton persembahan tersebut diiringi oleh Encik Jin Guihua. Selepas persembahan tersebut, mereka naik ke pentas untuk mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa kagum terhadap persembahan para seniman kurang upaya dari China itu dan bergambar bersama-sama mereka.

Menurut Encik Jin Guihua, antara pelbagai aktiviti kalangan rakyat yang diadakan pada tempoh itu, yang memberi kesan paling mendalam kepada beliau ialah penubuhan Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Sudah lama permohonan untuk menubuhkan Persatuan Persahabatan Malaysia-China itu diserahkan kepada kerajaan, dan akhirnya berjaya diluluskan pada tahun 1992. Dato' Usman Awang telah dipilih sebagai Pengerusi Persatuan tersebut manakala, Tun Dr. Mahathir Mohammd dilantik sebagai penaung. Datuk Seri Abdul Ahamd Badawi dan Encik Jin Guihua pula dilantik sebagai penasihat. Dengan penyertaan sekian ramai tokoh ternama, persatuan yang baru ditubuhkan itu, iaitu Persatuan Persabahatan Malaysia-China segera memainkan peranan penting untuk mendorong perkembangan hubungan antara kedua-dua negara ini. Pada 2 Mei tahun 1993, persatuan tersebut telah mengadakan satu Majlis Makan Malam Persahabatan Malaysia-China. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Encik Jin Guihua telah menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Encik Jin Guihua mengenang kembali perisitiwa tersebut:

"Dalam majlis tersebut, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa disebabkan perbezaan dalam fahaman, hubungan Malaysia-China dulu tidak dapat membangun dengan rasional. Kini, situasi sudah berubah. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mempererat persahabatan antara kedua-dua negara kita. Beliau berharap Persatuan Persahabatan Malaysia-China dapat memberikan sumbangan untuk terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan China."

Dalam kenangan Encik Jin Guihua, majlis makan malam tersebut merupakan majlis yang suasananya paling menyeronokkan yang pernah disertai oleh beliau dalam tempoh perkhidmatan sebagai Duta Besar ke Malaysia. Pada tahun 2007, beliau sekali lagi melawat Malaysia atas undangan untuk menghadiri upacara sambutan ulang tahun ke-15 tertubuhnya Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Beliau merasa amat gembira kerana dapat bertemu sekali lagi dengan ramai rakan baiknya di Malaysia. Sempena ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia, beliau berharap persahabatan antara rakyat kedua-dua negara dapat terus diwariskan dan dikembangkan dari generasi ke generasi.


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China