Cari:
Rancangan Khas Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Radio Antarabangsa China
2011-12-03 13:06:55 CRI Cetak

Hari ini ulang tahun ke-70 penubuhan Radio Antarabangsa China (CRI). CRI yang mula bersiaran semasa Perang Dunia Ke-2, kini telah menjadi media antarabangsa yang memancarkan siaran dalam 61 bahasa ke seluruh dunia. CRI juga menjadi kumpulan media yang mempunyai saluran siaran bahasa terbanyak di dunia.

Dalam tempoh 70 tahun, CRI menjadi wadah siaran dari China kepada dunia untuk memberi perspektif yang sebenar.

Pada awal 1940-an, rakyat China sedang berjuang untuk menentang penceroboh dari Jepun. Parti Komunis China menubuhkan Stesen Radio Xinhua di Yan'an, ibu pejabat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada masa itu. Pada 3 Disember tahun 1941, siaran pertama Radio Xinhua ini dipancarkan dalam bahasa Jepun. Penyiar pertamanya, Puan Hara Kiyoshi, adalah pejuang antiperang Jepun yang tinggal di China. Hari itu juga merupakan hari jadi bagi Radio Antarabangsa China (CRI).

Siaran Hara Kiyoshi menjadi senjata yang berkesan untuk mematahkan semangat pasukan tentera Jepun. Ramai askar dan pegawai Jepun mengetahui kebenaran perang itu melalui siaran Radio Xinhua dan mulai berjuang untuk usaha antiperang.

Siaran bahasa Inggeris mula ke udara pada tahun 1947 dan yang kedua di Radio Xinhua. Kini, siaran bahasa Inggeris CRI telah dipancarkan ke seluruh dunia.

Pada tahun 1949, Republik Rakyat China ditubuhkan. Bertitik tolak dari itu, perkembangan radio ini terus mengalami transformasi dari penyiaran konvensional kepada media transnasional dengan nama Radio Antarabangsa China, CRI.

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi, pada tahun 1998, CRI memperluas fungsinya dengan membangunkan laman sesawangnya sendiri "CRI Online".

Kini CRI berdiri gah di persada penyiaran antarabangsa. CRI mempunyai 70 stesen radio FM di luar negara, 180 buah stesen radio asing yang merupakan perkongsian bersama, 24 studio penerbitan siaran dan 40 biro di luar negara, serta 4112 kelab pendengar di seluruh dunia.

Kini, rancangan yang dipancarkan oleh CRI dalam semua frekuensi selama 3,000 jam sehari. Emel, surat dan SMS dari peminat CRI melebih 3 juta pada tahun 2010.

Ramai pemimpin negara, seperti Presiden Laos, Choummaly Sayasone mengikuti siaran CRI.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China