Cari:
Rancangan Khas Ulang Tahun Ke-70 Penubuhan Radio Antarabangsa China
2011-12-03 13:06:55 CRI Cetak

"Siaran CRI agak popular di Laos, saya sendiri dan orang ramai Laos semua suka mendengar siaran dari CRI pada waktu yang tetap setiap hari. Siaran CRI yang tepat pada watku, meyakinkan dan juga kaya dengan pengetahuan, telah mendekatkan rakyat Laos dengan China. Saya menganggap CRI sebagai sebahagian daripada media Laos dan juga jambatan penting untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua negara."

Untuk mendekatkan pendengar luar dengan China dan membina jambatan persahabatan antarabangsa, CRI terus meneroka model penyiaran baharu pada beberapa tahun kebelakangan ini. Ini termasuk "Pertandingan Orang China Menyanyi Lagu Rusia". Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin menyaksikan fasa akhir pertandingan itu dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

"Saya telah melihat ramai orang China yang berminat terhadap kebudayaan Rusia, ini termasuk orang tua mahupun orang muda. Ini telah memberi kesan yang mendalam kepada saya. Ramai orang muda dari China menyertai pertandingan ini, ini amat menggembirakan."

Perdana Menteri, Wen Jiabao berpandangan, aktiviti kebudayaan seperti itu merupakan asas persahabatan kedua-dua negara yang terus berkembang.

"China dan Rusia merupakan negara yang mempunyai sejarah yang lama. Asas persahabatan kedua-dua negara adalah di kalangan rakyat. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada para peserta pertandingan kerana anda sekalian yang memainkan peranan menggalakkan pertukaran kebudayaan kedua-dua negara dengan menggunakan bahasa, dan anda yang mendekatkan rakyat kedua-dua negara dengan menggunakan lagu dan muzik. Inilah masa depan hubungan China-Rusia."

Pada awal tahun ini, Rangkaian Penyiaran Antarabangsa China (CIBN) dirasmikan. Ini menandakan CRI memasuki sektor media baharu secara menyeluruh. Sempena hari jadi ke-70, CRI telah melancarkan Televisyen Internet CIBN dan Rangkaian T&D.

Pada masa yang bermakna penting bagi CRI ini, Presiden CRI, Encik Wang Gengnian berkata:

"Pembangunan CRI dalam 70 tahun lalu agak cemerlang. Semua usaha yang kami lakukan untuk meningkatkan hubungan dan persahabatan rakyat China dengan rakyat pelbagi negara, serta memaklumkan China yang benar, menyeluruh dan berdinamik kepada dunia. Kini, pendengar kami dari lebih 160 buah negara dan wilayah. Ramai pendengar mengumpamakan CRI sebagai jambatan pelangi yang mendekatkan China dengan dunia. Sebarang kemajuan CRI dijayakan dengan sokongan dan perhatian dari pendengar kami. Berdiri pada titik tolak yang baharu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda sekalian. Kami akan terus menyediakan perkhidmatan dan maklumat yang lebih berkualiti untuk memenuhi permintaan dan cita rasa para pendengar, dan juga kami menantikan anda sekalian terus memberi sokongan dan perhatian kepada CRI."


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China