Cari:
DPRK Mungkin Tutup KIC
2013-03-31 15:42:37 CRI Cetak

Setelah kerajaan dan parti politik Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengisytiharkan hubungannya dengan Repubk Korea (RoK) dalam keadaan berperang pagi semalam, jurucakap Biro Am Penerokaan Zon Ekonomi Khas pula menyatakan malam tadi bahawa pihaknya akan segera menutup Kompleks Industri Kaesong (KIC) apabila RoK meneruskan propaganda berkenaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan liputan RoK terhadap KIC baru-baru ini yang berbunyi, DPRK sambil mengeluarkan ancaman, sambil mengekalkan operasinya KIC untuk pendapatan mata wang asing. Ada pula laporan yang berbunyi bahawa DPRK biasanya mengancam menutup KIC atau menghalau syarikat RoK apabila hubungan antara kedua-dua negara menjadi tegang.

Berhubung itu, DPRK menjelaskan, pihaknya bersikap tolerensi kerana menimbangkan syarikat kecil dan sederhana RoK mungkin bankrap akibat penutupan KIC, meskipun kewujudan kompleks berkenaan adalah aneh pada saat sebelum tercetusnya perang di Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China