Cari:
DPRK Diramal Lancarkan Peluru Berpandu Terdekat Ini
2013-04-05 13:17:53 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mungkin sedang merancangkan pelancaran sebutir peluru berpandu pada beberapa hari atau minggu terdekat ini, dan tujuannya adalah hanya untuk percubaan atau bersiap menyerang belum diketahui. Demikian ditunjukkan maklumat yang dipintas Amerika Syarikat (AS).

Menurut pegawai yang enggan identitinya didedahkan dari AS semalam, pihaknya mendapati bahawa DPRK telah mengangkut peluru berpandu dan peranti pemancar ke kawasan berkenaan. Peluru itu dikenalpasti "Musudan" yang berkemampuan menembak sasaran sejauh 2,500 kilometer dengan merangkumi Republik Korea (RoK), Jepun, Guam dan Asia Tenggara.

Menurut Agensi Berita Yonhap, jabatan perisikan RoK dan AS berpendapat, DPRK berkemungkinan besar melancarkan peluru itu pada hari jadi Kim Il-sung yang jatuh pada 15 April.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China