Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lebih 100 cedera dalam tiga letupan bom yang berlaku ketika acara Maraton Boston berlangsung pada 15 April, waktu tempatan.
Presiden China Xi Jinping semalam mengutus kawat takziah kepada Presiden AS, Barack Obama, dan menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat negara itu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin mengecam keras letupan bom itu, dan berjanji akan membantu AS menyiasat serangan pengganas itu.
Presiden Republik Korea (ROK), Park Geun-hye menyifatkan peristiwa tersebut sebagai tragedi yang besar. Beliau berkata, rakyat ROK akan bersama-sama dengan rakyat AS dan berdoa untuk rakyat negara itu.
Canselor German, Angela Merkel berkata, serangan kejam itu tidak dapat dijustifikasikan.
Presiden Brazil, Dilma Vana Rousseff menyifatkan letupan berkenaan sebagai serangan keganasan.
Presiden Perancis, Francois Hollande menyampaikan rasa simpati dan sokongan kepada rakyat AS. Pihak berkuasa Perancis juga menuntut pelbagai tempatan meningkatkan kewaspadaan.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh pula berkata, India bersedia bekerjasama dengan AS untuk menentang keganasan.