Mantan Naib Presiden Bank Dunia, Justin Yifu Lin semalam menyatakan, kadar pertumbuhan ekonomi China akan mencatat kira-kira 8% secara berterusan dalam tempoh 20 tahun.
Menurutnya, ekonomi China berpotensi tinggi kerana jurang perbezaan pendapatan antara China dengan negara-negara maju masih agak besar. Inovasi teknologi dan menaikkan taraf industri menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang bagi mana-mana negara. Negara membangun boleh menimba pengalaman dan mengimport teknologi negara maju bagi meningkatkan kadar pertumbuhan.








