Hubungan tentera China-AS merupakan komponen penting bagi hubungan kedua-dua negara. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan ketika bertemu dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama tentera AS, Jeneral Martin Dempsey di Beijing semalam.
Chang Wanquan berkata, hubungan tentera kedua-dua negara berkembang positif berikutan kerjasama erat kedua-dua pihak. China menumpukan perhatian terhadap usaha mengeratkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara, dan bersedia bersama-sama dengan pihak AS membentuk hubungan ketenteraan yang setara, saling menguntungkan, saling bekerjasama dan menang-menang.
Martin Dempsey berkata, tentera kedua-dua negara telah meningkatkan kerjasama yang berjaya dalam bidang kerja menyelamat, antilanun dan perubatan.