
Presiden China, Xi Jinping menggesa agar usaha dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang sihat dan lestari serta terus memperbaiki kesejahteraan rakyat.

Dalam tinjauan selama dua hari ke Tianjin yang berakhir semalam, Xi mendapat maklumat tentang pembangunan pertanian, industri teknologi tinggi, perancangan kota ekologi dan peluang pekerjaan di bandar tersebut.

Ketika melawat ke Kawasan Baharu Binhai, Xi berkata, kawasan itu patut memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi Tianjin. Dalam pada itu, Tianjin perlu menyusun semula industri dan mentransformasi pola pembangunan ekonominya.

Beliau juga menggesa pembangunan industri secara intensif dan berkelompok, selain industri perkhidmatan di bandar itu digalakkan dan dipercepat.








