Presiden China, Xi Jinping akan melawat AS pada awal bulan Jun dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama.
Menurut media AS, ini merupakan kali pertama bagi pemimpin peringkat tertinggi kedua-dua negara mengadakan pertemuan selepas Xi Jinping menjawat jawatan presiden China, dan pertemuan itu amat bermakna.
Menurut media AS, sidang kemuncak kali ini menyediakan peluang kepada pemimpin kedua-dua negara untuk menjalinkan hubungan pribadi dalam suasana tidak rasmi. Sidang kali ini diadakan sempena hubungan kedua-dua negara menjadi tegang berikutan strategi ketenteraan AS memfokuskan semula kepada Asia-Pasifik dan AS mendakwa China melakukan kegiatan penitipan melalui internet. Pemimpin AS-China akan mengadakan perbincangan berhubung banyak isu dalam pertemuan kali ini.