Menteri Luar China, Wang Yi telah menyatakan pendirian tegas China tentang sikap Ketua Setiausaha Kabinet Jepun dan menuntut Jepun mengakui fakta sejarah secara tepat. Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei hari ini.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga semalam berkata, ucapan Perdana Menteri China, Li Keqiang setelah melawat bekas tempat mesyuarat Potsdam di Jerman adalah tindakan yang tidak menerima hakikat sejarah. Jepun tidak boleh menerima ucapan tersebut jika ia berasaskan pendirian China tentang Pulau Diaoyu.
Hong Lei berkata, menurut Deklarasi Kaherah, Jepun harus memulangkan tanah yang diambil olehnya kepada China. Kandungan tersebut turut tercatat dalam Perisytiharan Bersama China-Jepun yang ditandatangani pada tahun 1972.








