Cari:
Xi Jinping Temui Perdana Menteri Antigua and Barbuda
2013-06-02 15:53:00 CRI Cetak
Presiden China, Xi Jinping semalam menemui Perdana Menteri Antigua and Barbuda, Spencer di Pelabuhan Sepanyol, ibu negara Trinidad dan Tobago. Xi berkata, Antigua and Barbuda merupakan rakan yang penting bagi China di rantau Caribbean. China mengucapkan terima kasih atas sokongan Antigua and Barbuda mengenai masalah yang penting. China bersedia mengadakan pertukaran dengan Antigua and Barbuda dalam bidang perlindungan alam sekitar dan pembinaan ekologi. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Semoga hubungan persahabatan antara kedua-dua negara dipertingkatkan ke taraf yang lebih tinggi. Spencer pula berkata, lawatan Presiden Xi ke rantau Caribbean amat penting bagi hubungan antara kedua-dua negara. Beliau berharap meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, kemanusiaan dan hal ehwal pelbagai hala.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China