Cari:
Hiromu Nonaka Akui Persetujuan Jepun-China Ketepikan Pertikaian Pulau Diaoyu
2013-06-05 15:11:26 CRI Cetak

Mantan Ketua Setiausaha Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Hiromu Nonaka yang mengakhiri lawatan ke China dan kembali ke Osaka semalam menegaskan bahawa beliau mengekalkan pendirian Jepun dan China pernah mencapai persetujuan untuk mengetepikan pertikaian Pulau Diaoyu.

Menurut beliau, perselisihan antara kedua-dua negara mengenai persetujuan tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Jepun. Pertikaian pada masa ini pula ekoran kerajaan Jepun yang mengabaikan persetujuan tersebut.

Ketika ditanya oleh media Jepun sama ada beliau akan menarik balik kenyataan mengenai persetujuan berkenaan, Hiromu Nonaka menyifatkan hal ini merupakan permintaan yang tidak munasabah terhadap usahanya demi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China