Cari:
Park Geun-hye Lawat China
2013-06-27 15:12:02 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Republik Korea (ROK), Park Geun-hye tiba di Beijing pagi tadi untuk lawatan selama empat hari ke China atas undangan Presiden Xi Jinping. Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke China selepas menjawat jawatan Presiden pada Februari lalu.

Dalam tempoh lawatannya ini, pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dan isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama. Park juga dijadualkan melawat ke bandar Xi'an, provinsi Shaanxi di bahagian barat China.

Penganalisis berpendapat, lawatan berkenaan akan memacu kerjasama ekonomi dan perdagangan yang sedia erat antara kedua-dua negara ke tahap baharu. Rundingan berkaitan penubuhan kawasan perdagangan bebas China-ROK dijangka mencapai hasil positif.

Selain itu, situasi di Semenanjung Korea juga akan dibincangkan dalam tempoh lawatan Park ini.

Park Geun-hye merupakan presiden wanita pertama ROK. Beliau yang pandai bertutur dalam bahasa Mandarin dan meminati falsafah China, komited untuk meningkatkan persahabatan dan kerjasama antara ROK dengan China. Jurucakap Kementerian Luar China menyifatkan beliau sebagai sahabat lama rakyat China.

Lihat juga
berita lain
v Park Geun-hye Lawat China 2013-06-27 15:12:02
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China