Mesyuarat Pertahanan China-AS ke-14 diadakan di Beijing semalam. Mesyuarat yang disifatkan sebagai telus dan membina ini dipengerusikan bersama oleh Naib Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Wang Guanzhong dan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, James Miller.
Dalam mesyuarat tersebut, Wang Guanzhong menyatakan, kata sepakat yang dicapai oleh Presiden Xi Jinping dan Presiden Barack Obama mengenai hubungan model baharu antara kuasa besar telah menjadi arahan dan sasaran perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa depan. Dalam pada itu, hubungan ketenteraan dan keselamatan merupakan inti dalam hubungan China-AS. Beliau turut menjelaskan pendirian China dalam usaha meningkatkan rasa saling mempercayai strategik serta interaksi yang positif di rantau Asia-Pasifik.
James Miller menyatakan, AS bersikap positif terhadap tentera kedua-dua negara patut mengadakan interaksi di rantau Asia-Pasifik dan bersedia terus membincangkan mekanisme saling memaklumkan operasi ketenteraan penting dan kod tatalaku keselamatan ketenteraan laut dan udara dengan China.