Makmal angkasa lepas Tiangong ke-2 akan dilancarkan pada akhir 2015. Anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) merangkap Ketua Perekabentuk Projek Penerbangan Angkasa Lepas Membawa Angkasawan China, Zhou Jianping berkata hari ini, pelancaran Tiangong ke-2 bertujuan untuk membina sistem makmal ruang angkasa lepas sebelum membina stesen angkasa lepas menjelang tahun 2020. Menurutnya, China akan melancarkan kapal pembawa angkasawan untuk menghantar angkasawan, dan kapal kargo untuk menghantar bahan pendorong ke makmal Tiangong ke-2, sebaik sahaja peralatan angkasa lepas tersebut mulai beroperasi nanti.