Kursus Wartawan Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN 2014 anjuran Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China semalam. Wartawan ekonomi dan perdagangan dari pelbagai media di negara-negara ASEAN akan diatur mengikuti kursus yang berlangsung selama dua minggu.
Konsul Perdagangan Jabatan Asia Kementerian Perdagangan China, Cao Yingjie berkata, kursus kali ini membolehkan pegawai penerangan dan wartawan di ASEAN mengetahui dengan lebih mendalam pertumbuhan ekonomi China serta masa depan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua pihak setelah Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) ditubuhkan.