Cari:
China, Laos, Thai Jalin Kerjasama Logistik
2014-06-08 16:50:46 CRI Cetak

Syarikat logistik dari China, Laos dan Thailand menandatangani perjanjian kerjasama logistik transnasional dalam mesyuarat ke-2 Jawatankuasa Kerjasama Syarikat Logistik Subrantau Sungai Mekong Besar yang diadakan di Kunming, provinsi Yunnan petang semalam. Lebih 70 orang wakil dari syarikat-syarikat berkenaan menghadiri mesyuarat tersebut.

Perjanjian rangka kerja ini dimeterai oleh Syarikat Logistik COSCO China, Kumpulan Logistik K.N.R Thailand dan Syarikat LFF Laos.

Menurut perjanjian itu, para pihak pemeterai perlu bekerjasama untuk membina rangkaian perkhidmatan logistik transnasional di Lebuh Raya Kunming-Bangkok.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China