Presiden China, Xi Jinping yang sedang melawat Argentina telah mengutus kawat kepada Yang di-Pertuan Agung Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Belanda, Willem-Alexander berhubung insiden pesawat penumpang Malaysia Airlines terhempas di wilayah Ukraine.
Presiden Xi mewakili kerajaan dan rakyat China menyampaikan simpati dan dukacita kepada mangsa dan waris mangsa MH17.
Perdana Menteri China, Li Keqiang pula mengutus kawat
kepada rakan sejawatnya dari Malaysia dan Belanda, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mark Rutte untuk menyampaikan simpati atas nahas kali ini.