Cari:
Sidang Pegawai Kanan CAEXPO
2014-09-19 12:26:11 CRI Cetak

Sidang pegawai kanan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 diadakan di Nanning China semalam. Sidang itu memutuskan CAEXPO ke-12 diadakan pada 18 hingga 21 September tahun depan dan Thailand terpilih menjadi negara tema. Lima topik utama bagi CAEXPO itu ialah perdagangan komoditi, kerjasama pelaburan, perdagangan perkhidmatan, teknologi maju serta bandar mempesona. Ekspo itu akan terus melaksanakan mekanisme negara terhormat serta aktiviti pertukaran hubungan rakan kerjasama ekonomi menyeluruh.

Kaunselor perdagangan Jabatan Asia Kementerian Perdagangan China, Cao Yingjie berkata, China dan ASEAN perlu meningkatkan kerjasama dan mengembangkan CAEXPO agar wadah ini berkhidmat dengan lebih baik bagi pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan kenaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China