Sidang Pemimpin ke-5 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) meluluskan pelan pelaksanaan rangka pelaburan serantau 2014-2018 sebelum berakhir di Bangkok, Thailand semalam.
Pelan yang diluluskan tersebut mengutarakan 92 projek yang meliputi sektor sumber tenaga, pertanian, alam sekitar, sumber manusia, pelancongan, pemudahan pengangkutan dan perdagangan, maklumat dan komunikasi, dengan membabitkan dana berjumlah USD 30 bilion.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha berkata, pembinaan zon ekonomi khas di kawasan sempadan demi menyambungkan koridor ekonomi ditetapkan sebagai misi utama. Selain itu, negara-negara yang terlibat perlu berusaha untuk membina infrastruktur pengangkutan di darat dan air.