Cari:
Kim Jong-un Diundang Melawat ke Indonesia
2015-02-24 12:38:13 CRI Cetak

Pegawai Indonesia semalam mengesahkan, pihaknya telah mengundang pemimpin dari 109 negara dan kawasan termasuk Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) untuk menghadiri upacara memperingati ulang tahun ke-60 Sidang Kemuncak Asia-Afrika yang diadakan di Jakarta pada bulan April nanti.

Pejabat Presiden Indonesia telah mengirim surat undangan kepada pemimpin negara-negara tersebut. Setakat ini, Indonesia belum mendapat jawapan daripada DPRK.

Indonesia akan mengadakan aktiviti dan sidang yang bertema "meningkatkan kerjasama selatan-selatan" pada April nanti bagi memperingati ulang tahun ke-60 Sidang Kemuncak Asia-Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China