Cari:
Dialog Pemulihan Hubungan Cuba-AS
2015-02-28 15:24:27 CRI Cetak

AS dan Cuba mencapai kemajuan dalam dialog pemulihan hubungan peringkat tinggi pusingan kedua di Washington semalam. Penolong Setiausaha Negara AS, Roberta Jacobson menyatakan kedua-dua pihak akan membuka semula pejabat kedutaan masing-masing menjelang Sidang Kemuncak Amerika pada awal April nanti.

Hubungan antara Cuba dengan AS semakin pulih sejak bulan Disember tahun lalu. AS telah melonggarkan pelbagai sekatan terhadap Cuba. Diplomat kedua-dua negara telah mengadakan dialog peringkat tinggi di Havana pada bulan lalu dan bertukar-tukar pendapat mengenai imigresen, pemulihan hubungan diplomatik dan pembukaan semula pejabat kedutaan.

Cuba menggesa AS membatalkan nama Cuba daripada senarai "negara-negara yang menyokong keganasan". AS sedang menilai permintaan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China