Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ditemui rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean yang menghadiri Simposium Daya Pimpinan China-Singapura ke-5 di Beijing semalam.
Zhang berkata, hubungan antara China dengan Singapura berkembang pesat pada ketika ini. Kerjasama pragmatik bilateral antara kedua-dua pihak telah mencapai hasil baharu. Pihaknya bersedia untuk bersama-sama dengan Singapura untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kepercayaan politik serta memperkukuh kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.
Teo Chee Hean pula berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomatik antara Singapura dengan China. Hubungan bilateral dan kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak kini mencapai hasil yang mengagumkan.