Cari:
OBAOR, Gagasan China Kelak
2015-04-11 15:31:23 CRI Cetak

Pengarah Jabatan Pelaksanaan OBAOR (Satu Jalur Satu Laluan ), Ou Xiaoli semalam berkata, OBAOR menjadi gagasan utama bagi pelaksanaan dasar pintu terbuka dan kerjasama ekonomi antarabangsa China pada masa akan datang. Pelbagai tempat di China perlu bertindak mengikut keunggulan masing-masing berasaskan pelan OBAOR.

Menurutnya, pelbagai kerajaan daerah di China dituntut menggubal rancangan masing-masing mengenai pembinaan OBAOR yang selaras dengan perancangan negara menjelang Oktober ini.

Menjayakan sejumlah projek penting dilihat sebagai prasyarat untuk membuahkan hasil yang sebenar dalam pembinaan OBAOR. Sementara itu, komunikasi dasar, kesalinghubungan infrastruktur, kelancaran perdagangan, pencairan dana dan semangat bersatu padu di kalangan rakyat ditetapkan sebagai lima arah bagi pembinaan OBAOR.

Lihat juga
berita lain
v Forum Ekonomi Media Bahasa Mandarin Dunia di Hainan 2015-01-26 15:33:39
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China