250 buah khemah yang disumbangkan oleh Persatuan Penganut Agama Buddha China (BAC) telah dihantar ke Kathmandu, Nepal petang semalam.
BAC telah menyumbang 1,600 buah khemah kepada mangsa gempa bumi di Nepal. Selain diserahkan kepada Persatuan Penganut Agama Buddha Nepal, khemah tersebut turut disalurkan kepada pusat penempatan mangsa di Kathmandu serta kampung-kampung yang terpencil. Musim hujan selama empat bulan akan melanda Nepal pada dua hingga tiga minggu akan datang. Mangsa di negara itu kini berdepan dengan masalah kekurangan khemah dan kain tarpaulin.
Setakat ini, 37 buah pesawat milik angkatan udara China terlibat dalam misi menghantar barang-barang bantuan ke Nepal. Ini merupakan operasi bantuan bencana di luar negara yang paling sukar dan paling besar skalanya bagi angkatan udara China dalam sejarah.