Cari:
China Ulangi Pendirian
2015-06-04 15:47:13 CRI Cetak

China menentang tindakan memutarbelitkan undang-undang antarabangsa serta tindakan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa sehingga menjejaskan kepentingan pihak-pihak lain. Selain itu, China akan berusaha untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan pembangunan negara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian dalam sidang akhbar semalam.

Dilaporkan, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga berkata pada 1 Jun yang lalu, mengambil tindakan berasaskan undang-undang amat penting bagi mengelakkan situasi semakin tegang. Kenyataan tersebut merujuk kepada aktiviti pembangunan China di perairan Laut China Selatan. Pemimpin AS pula berkata, sesebuah negara yang menuntut kedaulatan tidak perlu menyingkirkan negara yang lain. Tindakan menuntut kedaulatan perlu berasaskan undang-undang antarabangsa.

Hua berkata, pembangunan di kawasan perairan tersebut merupakan kedaulatan China. Pihaknya menentang negara-negara lain yang memutarbelitkan undang-undang antarabangsa. Sekiranya tidak bermaksud berat sebelah, sudah tentu kenyataan tersebut mempunyai tujuan yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China