Pengerusi Jawatankuasa Permohonan Sukan Olimpik Musim Sejuk merangkap Datuk Bandar Bejing, Wang Anshun, Pengerusi Jawatankuasa Olimpik China merangkap Ketua Pengarah Jabatan Sukan Negara, Liu Peng, Datuk Bandar Zhang Jiakou, Hou Liang serta Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach telah menandatangani kontrak bandar penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Kuala Lumpur tadi.
Kontrak tersebut merupakan perjanjian rasmi antara bandar penganjur dengan IOC. Kontrak itu menyenaraikan pelbagai tuntutan dan perkara undang-undang IOC terhadap bandar penganjur.