Cari:
Pameran Sempena Perang Kemenangan Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Hong Kong
2015-08-27 16:57:14 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-Ying, dan lebih seribu orang pemimpin persatuan dan tokoh-tokoh politik semalam menghadiri majlis perasmian Pameran Perang Kemenangan Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Menurut Leung Chun-Ying, seluruh rakyat termasuk penduduk Hong Kong tidak akan melupakan peperangan tersebut.

Generasi veteran masih terkenang akan segala kesengsaraan dan kezaliman yang terpaksa ditempuhi ketika Hong Kong diduduki oleh tentera Jepun selama tiga tahun lapan bulan.

Mereka akan sentiasa memperingati saudara-mara dan sahabat-handai yang terkorban dalam peperangan tersebut.

Menurut beliau, generasi muda di Hong Kong perlu mengetahui kesengsaraan yang dideritai oleh tanah air termasuk wilayah Hong Kong pada ketika itu.

Lihat juga
berita lain
v 31 Negara Akan Saksikan Perbarisan Tentera di China 2015-08-26 15:07:16
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China