Cari:
Li Keqiang Akan Lawat Korea Selatan
2015-10-27 14:31:13 CRI Cetak

Sidang taklimat Kementerian Luar China tentang lawatan Perdana Menteri, Li Keqiang ke Korea Selatan dan menghadiri sidang pemimpin China-Korea Selatan ke-6 diadakan semalam. Naib Menteri Luar, Liu Zhenmin berkata, ini merupakan lawatan kali pertama Li ke Korea Selatan sejak beliau menyandang jawatan PM dan juga kali pertama PM China melawat negara itu dalam tempoh lima tahun yang lalu. Pertukaran peringkat tinggi berperanan penting bagi memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang serta mewujudkan hubungan "empat rakan" antara kedua-dua negara. Li akan menemui pelbagai pemimpin Korea Selatan dan menghadiri beberapa aktiviti ekonomi, perdagangan dan kemanusiaan dalam tempoh lawatan kali ini.

Penolong Menteri Perdagangan, Tong Daochi berkata, China dan Korea Selatan menjadi entiti ekonomi yang penting di dunia. Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara mempunyai pengaruh yang sudah lebih luas daripada lingkungan kerjasama bilateral. Kerjasama tersebut dilihat sebagai penggerak bagi kestabilan dan kemakmuran ekonomi serantau dan dunia.

Lihat juga
berita lain
v China, ROK Bantah Provokasi Jepun 2013-12-13 11:52:27
v China, ROK Kukuhkan Kerjasama Peringkat Parlimen 2013-09-04 17:28:25
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China