Sidang Pleno ke-5 Kongres ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada 26 hingga 29 Oktober yang lalu.
Sidang kali ini telah meluluskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-13. Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping telah membentangkan draf rancangan itu kepada para hadirin.
Membina masyarakat kaya menjelang tahun 2020 menjadi sasaran pertama PKC bagi tempoh 100 tahun yang lalu. FYP ke-13 berfokuskan sasaran tersebut. Sidang kali ini telah menetapkan tempoh pelaksanaan FYP ke-13 sebagai tempoh kritikal untuk membina masyarakat kaya termasuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan sederhana, merancakan pembangunan yang bercirikan seimbang, inklusif dan berterusan. Selain itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan jumlah pendapatan per kapita ditingkatkan sekali ganda pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2010. Modenisasi pertanian akan diwujudkan pencapaian yang ketara, taraf dan kualiti kehidupan rakyat ditingkatkan secara menyeluruh, dan persekitaran ekologi diperbaiki. Kemampuan kerajaan juga diharap ditingkatkan secara besar-besaran dalam menyempurakan sistem pentadbiran negara.