Sidang Pleno ke-5 Kongres ke-18 Parti Komunis China (PKC) telah meluluskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-13 baru-baru ini. Tokoh di seberang laut berpendapat bahawa rancangan itu telah menetapkan arah pembangunan di China pada masa akan datang.
Profesor madya dari Universiti Nanyang Singapura, Zhou Zhaocheng berkata, inovasi dan pembangunan internet dalam tempoh FYP ke-13 amat menarik perhatiannya. China berdaya tinggi untuk mengembangkan ekonomi yang berkaitan dengan internet yang sudahpun berakar dalam pelbagai bidang dalam sosiekonomi China. Dasar kerajaan tentang ekonomi internet akan mempengaruhi ekonomi China pada masa hadapan.
Naib Ketua editor Akhbar Berita Asia Thailand, Chieng Feng berkata, sebagai penggerak utama bagi pertumbuhan ekonomi dunia, FYP ke-13 berkaitan dengan arah dan tahap pembangunan ekonomi di China dan seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau berharap rancangan itu mempunyai tahap strategi yang lebih tinggi. Selain itu, China dijangka akan meningkatkan kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan dengan negara-negara membangun.