Penolong Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina, Laura Del Rosario mengumumkan bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak dapat menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23 yang akan diadakan di Manila.
Menurut pegawai Indonesia, Jokowi tidak dapat menghadiri mesyuarat kali ini kerana beliau perlu menangani urusan penting dalam negara.
Namun, Jokowi akan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang dijadualkan pada 14 hingga 16 November di Turki dan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Malaysia pada 18 hingga 22 November ini.
Menurut laporan media Rusia pula, bagi mengoptimumkan penyelarasan agenda pemimpin tertinggi negara, Putin telah meminta Perdana Menteri, Dmitry Medvedev, untuk menggantikan beliau bagi menghadiri mesyuarat APEC di Manila.