Cari:
China Tingkatkan Pembinaan Infrastruktur di Kepulauan Nansha
2015-11-25 14:45:41 CRI Cetak

China akan membina lagi kemudahan awam di kawasan pulau dan terumbu Kepulauan Nansha bagi memikul tanggungjawab antarabangsa dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada negara-negara di kawasan tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, dua buah rumah api yang telah dibina oleh China di kawasan terumbu berkenaan telah memudahkan dan menjamin keselamatan pekerja yang bertugas di kawasan terumbu tersebut dan kapal yang belayar di kawasan perairan tersebut.

Menurut beliau, projek seumpama itu tidak "menenterakan" kawasan berkenaan dan tidak menyasarkan mana-mana negara.

Kapal dan pesawat negara lain boleh belayar dan terbang dengan bebas di kawasan perairan tersebut menurut undang-undang antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China