Indonesia tidak mengemukakan tuntutan wilayah di Kepulauan Nansha. China juga mengiktiraf kedaulatan Indonesia terhadap Kepulauan Natuna.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata demikian dalam sidang media semalam ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai kenyataan Menteri Penyelarasan Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan.
Menurut menteri Indonesia tersebut, sekiranya pertikaian dengan China berhubung kedaulatan Kepulauan Natuna tidak dapat diselesaikan melalui dialog, pihaknya mungkin akan mengemukakan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Hong berkata, China tidak akan menuntut kedaulatan terhadap Kepulauan Natuna. China sentiasa komited untuk menyelesaikan pertikaian berkenaan secara damai melalui rundingan berasaskan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa.
Perkongsian strategik komprehensif China-Indonesia berkembang dengan kukuh pada ketika ini.
China berharap dapat bergerak seiring dengan Indonesia untuk memperkasakan hubungan tersebut.