Persidangan antarabangsa Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC) ke-32 dirasmikan di Geneva semalam. Lebih 1,700 orang wakil dari kerajaan dan IFRC pelbagai negara pemeterai Konvenyen Geneva menyertai persidangan kali ini.
Presiden Palang Merah China, Chen Zhu ketika menyampaikan ucapan dalam sidang kali ini berkata, Palang Merah pelbagai negara perlu bersatu padu untuk menghadapi cabaran kemanusiaan. Palang Merah China bersedia menyertai urusan kemanusiaan antarabangsa dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (B&R).
Para wakil mengadakan perbincangan tentang tiga topik, iaitu mencegah dan menangani keganasan, menjamin keselamatan dan laluan bagi bantuan dan perkhidmatan kemanusiaan serta menurunkan risiko bencana dan meningkatkan daya pemulihan dari bencana.